Sunday, July 19, 2009

Kumpulan Akustika B Flat 5

Kumpulan ini berasal dari kampung Tengah Kuantan Pahang

Awalnya kumpulan ini bergerak di pertengahan tahun 90 an dengan pelbagai nama dan antara tempat yang selalu kami membuat persembahan ialah di Simple Cafe (kini dah tak wujud) pada tahun 1996-1997.

Kumpulan ini hanya menggunakan nama tetap iaitu B Flat 5 pada tahun 2005 yang mana ketika itu kami merasakan perlu ada satu nama yang tetap supaya mudah diingati oleh semua.

Pada tahun itu juga kami memulakan langkah untuk mencari pendapatan sampingan selain meneruskan hobi dengan membuat persembahan dimajlis perkahwinan dan keraian serta bersama rakan-rakan dari DIC pahang dalam program Lepak Positif mereka.

Melihat kepada sambutan yang menggalakkan kami mula mencari tapak untuk meluaskan lagi seni disamping memberi peluang kepada rakan lain menjunjukkan bakat masing-masing.Setelah usaha selama 1 tahun akhirnya kami diberikan tempat di Dataran Gambut FoodCourt (berhadapan wisma KPKP) di jalan Gambut..Terima Kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada saudara Sh. Zakaria atau lebih dikenali sebagai PakYa DG @ Chief Ya.

Alhamdulillah selepas itu kami mula mengorak langkah dan membuat persembahan tetap di sana pada setiap hari Rabu bermula jam 9.30 malam.

Kami juga ingin merakamkan jutaan terima Kasih kepada rakan-rakan kami yang banyak memberi tunjuk ajar,sokongan dan bantuan sehingga kami melepasi tahap ini.

No comments:

Post a Comment